GEMPAR! Rumah Zaquan Adha di pecah Masuk!


JOHOR BAHRU - Rumah persinggahan pemain pertahanan JDT II, Zaquan Adha Abd. Razak dipecah masuk semalam. Perkara ini telah tersebar hangat di media sosial dan laman sesawang Facebook.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Jokhiri Abd Aziz, kejadian berlaku ketika pemain itu berada di Sabah untuk menyertai skuad JDT II menentang tuan rumah dalam saingan Liga Perdana. Perkara ini perlu dipandang serius oleh semua orang.

“Suspek dipercayai mengumpil tingkap bahagian dapur rumah mangsa,” katanya di sini hari ini.

Jokhiri berkata, setakat ini masih tidak dipastikan barangan yang hilang dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Zaquan berkata apabila dia pulang ke rumah itu dia mendapati rumahnya dalam keadaan berselerak.

"Saya tiba di Johor, pada kira-kira 2 petang. Apabila pulang, saya mendapati rumah dalam keadaan berselerakan.

0 Response to "GEMPAR! Rumah Zaquan Adha di pecah Masuk!"

Post a Comment