Menurut beliau, perceraian itu diputuskan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat pada 14 Januari lalu selepas beliau membuat permohonan cerai fasakh pada Ogos 2015. Hal ini sememangnya menggemparkan ramai orang.
"Selepas empat kali kes sebutan Omar tidak hadir, pihak Mahkamah memutuskan kami bercerai talak satu secara fasakh."
"Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Ilahi dan menyifatkan perpisahan adalah jalan terbaik buat kedua-dua pihak. Saya juga menganggapnya sebagai rahmat selepas apa yang saya lalui sebelum ini," katanya kepada Berita Harian Online.
Emma dan Omar mendirikan rumah tangga pada 9 Jun tahun lalu selepas dirancang oleh anak angkatnya, Dayang Izzati, 11. Dayang ialah anak Omar hasil perkahwinannya yang terdahulu. Bagaimanapun, Emma menjadikan kanak-kanak itu sebagai anak angkatnya sejak usianya setahun.
Semoga Emma tabah menjalani kehidupan seharian dan jika jumpa jodoh baru, takkan kemana insyaAllah.

0 Response to "GEMPAR! Pelakon Emma Sahkan Sudah Bercerai, Hampir Bunuh Diri"
Post a Comment