GEMPAR! Makan Durian Siam Campur Coca-Cola Jejas Kesihatan Serius!


KUALA LUMPUR: Orang ramai kini dinasihatkan agar lebih berhati-hati dalam pengambilan buah-buahan dan sayuran kerana dibimbangi mengandungi bahan kimia berbahaya yang digunakan sebagai bahan pengawet. Pada zaman serba canggih ini, pelbagai teknologi dan kemahiran sains disalahgunakan dan ini membuatkan kita perlu lebih berhati hati dengan malapetaka dek arus moden pada zaman ini.

Pensyarah Program Sains Pemakanan dan Teknologi, Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Dr Noriham Abdullah berkata, pengemar buah-buahan dan sayuran mungkin berdepan risiko kemudaratan kesihatan sekiranya produk tersebut disuntik atau dicampur bersama racun serangga atau 'pesticides' dalam kuantiti banyak.
Mengulas perkara tersebut, Dr Noriham menyatakan sehingga kini pihaknya masih belum melakukan kajian saintifik mengenai kesan sampingan terhadap pengambilan makanan tersebut. Sesungguhnya hal ini mengakibatkan kesakitan yang serius dan sukar untuk diubati.

“Namun, kehadiran komponen bio aktif di dalam durian dan Coca-Cola itu sendiri memungkinkan berlaku interaksi tetapi bergantung kepada keadaan individu.
“Keadaan individu itu pula dipengaruhi oleh banyak faktor termasuklah pengambilan ubat sampingan atau mungkin individu itu mengidapi penyakit yang menyebabkan bahan kimia yang diambilnya berinteraksi dengan komponen bio aktif yang wujud dalam durian atau minuman itu,” jelasnya. Coca Cola di luar negara kebanyakan hanya digunakan untuk menghilangkan karat pada besi buruk.

Beliau turut menyarankan kepada orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak berdepan dengan risiko penyalahgunaan bahan kimia dalam sayuran dan buah-buahan.


“Apa yang boleh dilakukan adalah merendam bahan (sayuran atau buah) terlebih dahulu di dalam air bersama garam atau sodabikarbonat untuk meneutralkan semula bahan kimia yang mungkin digunakan,” ujarnya - Harian Metro

0 Response to "GEMPAR! Makan Durian Siam Campur Coca-Cola Jejas Kesihatan Serius!"

Post a Comment