Perkara itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim di Facebooknya sebentar tadi. Ikuti penjelasannya di bawah ini :
"Saya sudah berjumpa YAB TPM dan IGP (Ketua Polis Negara) dan bersetuju forum Dr Zakir Naik diteruskan. Mereka minta tajuk diubah dengan cara berhemah. Semoga Allah SWT memberkati," katanya.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan memutuskan untuk membenarkan majlis itu di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan syarat tajuk itu diubah kepada tajuk lain. Perkara ini sepatutnya dipandang serius oleh semua orang dan jangan sesekali kita memandang remeh berkenaan kes sebegini
"Kerajaan memutuskan sebaliknya (beri kebenaran) selepas adanya kompromi dengan pihak penganjur dan saya sendiri sudah berbincang dengan Ketua Menteri Melaka (Datuk Seri Idris Haron) supaya ia diteruskan dengan tajuk berbeza," katanya lapor BH Online.
Sebelum ini, KPN telah menyarankan agar forum Dr. Zakir yang bertajuk "Similarities Between Hinduism and Islam" tidak diteruskan.
Bagaimanapun, pelbagai pihak tampil menyatakan sokongan supaya program ceramah umum itu diteruskan termasuk Perlis yang menawarkan tempat kepada Dr Zakir. Semoga program ceramah Dr Zakir Naik dapat memberi banyak manfaat kepada kita semua. InsyaAllah

0 Response to "Ceramah Dr Zakir Naik Dibatalkan di UTeM?"
Post a Comment